layan..

Yuna - Decorate

Powered by mp3skull.com

:: jom follow2 ::

Followers

Powered by Blogger.

Monday, July 8, 2013

ahlan wa sahlan ya Ramadhan..

       


"selangkah demi selangkah setahun sudah pun berlalu,
         masa yang pantas berlalu,sehingga tak terasa berada dibulan Ramadhan."
 
 
 
MasyaAllah..
masa begitu pantas berlalu,sedar2 bulan yang penuh barakah tiba lagi.Bulan yang amat dirindui oleh semua umat islam.Bulan yang amat kita nanti-nantikan.Bulan pengampunan dan bulan yang didalamnya terdapat malam lailatul Qadar malam turunnya Al-Quran kareem.
 
 
Syukur Alhamdulillah..
Bulan penuh mulia menjelma lagi.
Allah memberi kita peluang sekali lagi untuk bertemu bulan Ramadhan.
Kita diberi kesempatan lagi untuk mengejar peluang mencari pahala yang berlipat ganda.
Ibarat 'bonus' bagi kita.Dimana tiap ibadah yang kita lakukan dibulan Ramadhan ini pahalanya berlipat2 kali ganda.MasyaAllah sayangnya Allah dengan kita hamba2nya nie.
 
 
 
Indahnya....
nikmat yang Allah beri pada kita,rasa tenang dalam jiwa berbeza dari bulan2 yang sebelumnya.
ketika kita bersahur,walau masih mengantuk namun kita makan dengan penuh berselera dengan niat berpuasa esok harinya,selepas bersahur kita dijamah dengan siaran2 kerohanian,tilawah Al-Quran yang memberi rasa yang sukar digambarkan.Ketika berpuasa walau perut kosong namun kerana niat ikhlas meraih redha Allah swt kita tetap bertenaga.Tak terasa lapar dan dahaga.Dan bila iftar kegembiraan yang kita rasa.Rasa gembira kerana kita mampu menahan nafsu kita,kita dapat menunaikan kewajipan kita,rasa kemenangan kita dan rasa gembira kerana kita dapat beribadah kepada Allah swt.
 
 
 
Tenangnya...
bila malam pula menjelma selawat nabi kita dengar dari masjid2 dan surau2 disekeliling kita.
rasa kesyukuran dan rasa rindu kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw.
Peluang untuk menunaikan terawih yang datang hanya dibulan Ramadhan kita tak ingin lepaskan.
KIta berlumba2 menuju redha Ilahi.Surau2 dan masjid2 penuh dengan para hamba yang mengejar syurga Ilahi.Betapa lengkapnya ibadah puasa kita bila kita dapat menunaikan solat terawih yang penuh damai dan tenang.
 
 
Astagfirullah hal Azim..
zikir munajat kita sepanjang masa.memohon pengampunan dari yang maha pengampun lagi maha penyayang.memohon dan merayulah dibulan pengampunan ini.jangan kita sia2kan  peluang ini.kerana dibulan ramadhan bulan pengampunan dan kemulian.meratap dan bermunajatlah kepada Ilahi.sesungguhnya Dialah sebaik2 pendengar dan tempat kita mengadu.Allah sentiasa menanti rayuan kita.Dan sentiasa menjawap panggilan kita.takkan masuk kedalam peti simpanan suara :)
sesungguhnya tak ada hijab diantara Allah dan hambanya.subahanaullah.
 
 
 
 
10 malam terakhir...
sibukkanlah diri kita untuk mempertingkatkan ibadah.jika sebelum nie guna gear 3 masukkan ke gear 4 dan jika boleh guna gear turbo :)
Kerana diakhir2 ramadhan terdapat malam penuh kemulian.malam sebaik2 malam iaitu malam lailatul qadar.seperti firman Allah swt:
 
"malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan."-Al-Qard:2
 
 
Begitu sekali Allah jelaskan pada kita betapa mulianya malam itu.sedangkan nabi Muhammad saw sendiri pada malam lailatul Qadar beribadat melebihi malam2 selainya.seperti dalam hadis:
 
"adalah nabi saw,beribadah (lebih) bersungguh dan kuat disepuluh malam terakhir ramadhan.tidak seperti baginda dimalam2 yang lainnya"-riwayat muslim.
 
 
sedangkan nabi saw yang mulia dan dijanjikan syurga baginya berlumba2 mengejar malam lailatul qadar inikan kita hamba yang hina ini yang sentiasa bergelumung dengan dosa.jadi jom pasang tekad mengejar lailatul qadar!!!
 
 
 
 
Namun yang menyedihkan...
Kita sering kali lalai.kita sering kali tewas.kita sering kali tewas dengan godaan duniawi.kita lebih sibuk dan ghairah memikir baju raya,langsir raya,kasut raya dan segala persiapan.
sebelum ramadhan seharusnya kita meningkatkan amal ibadah kita kita 'mengali' ilmu.membuka buku2 agama tentang fadhilat ramadhan agar puasa kita lebih bermakna namun kita sering kandas dan terpesong kepada persiapan lebaran.sangat menyedihkan.Diawal ramadhan masjid penuh dengan orang ramai2 yang bersemangat terawih namun diakhir2 ramadhan dimasa kita harus meningkatkan amalan,surau dan masjid kian berkurangan pengunjungnya.Kita lebih disibukkan dengan membuat kueh raya,renovation rumah nak tukar itu ini.Rela berjaga malam agar tak hangit sengala juadah dan Al-Quran dilupakan.Nauzubillah minzalik.betapa ruginya kita.
 
 
Mari kita muhasabah diri...
renungkan amalan kita..fikirkan catatan amalan kita..apakah ibadah yang kita lakukan??
bagaimanakah kita diramadhan lalu?ingin terlepas malam lailatul qadar lagikah?kita tak mahu bonus dari Allah kah?mari kita perbaiki amalan.jika boleh tiap detik dibulan ramadhan kita isi dengan sebaik2 pengisian.Biar perut kita tak berisi,asal hati kita tidak kontang dari mengingatiNya.
kita belai jiwa yang sekian lama dibiarkan jangan sampai ia mati dan hitam.
semoga Allah memberi kita kesihatan dan kekuatan di Ramadhan ini.InsyaAllah.
 
 
 


No comments:

Post a Comment