layan..

Yuna - Decorate

Powered by mp3skull.com

:: jom follow2 ::

Followers

Powered by Blogger.

Friday, July 15, 2011

cinta sebenar..

ku berikanmu mawar yang indah,
kembang mewangi,
umpama bulan purnama,
namun hanya sia-sia..
kau buang bagai daun di tepian,
meninggalkanku sendirian,
menghitung luka didada,
mengutip sisa cinta..
akhirnya ku berpaling arah,
dan ku kembali pada yang Esa,
yang maha kaya,
walau ku cuma manusia hina,
namun tetap diterima,
memberiku cinta yang tiada penghujungnya...

kini kau tiada..






Kala malam,
angin menyapa sepoi-sepoi,
kedinginan kian mengencam,
kepekatan kian melenyapkan keceriaan,
membawa pergi kedukaan dikala siang..
tiba-tiba,
ku diketuk kesepian,
membawa pergi ketenangan,
mencipta kesunyian,
saat terkenang dirimu sayang..
bagai baru semalam,
engkau di sisi memberi senyuman,
menyajikan kebahagiaan,
dikalaku dalam kedukaan..
kini tiada lagi gelak tawamu,
bait-bait kata manismu,
akur janjimu,
hanya kenangan yang memberiku senyuman dalam tangisan..
kini kau tiada,
membuaiku dalam kehangatan & kedinginan,
hanya kerinduan yang mendayu-dayu,
mengamit lena & jagaku,
dalam sendu & tawaku..
namamu ku bisik dikala pilu,
agar bisahku rasa kehadiranmu,
walau cuma dalam lena,
walau cuma seketika....

takkan lagi..

duhai cinta,
yang sudah tiada tuannya,
pergilah..jangan kau terus memaluh hatiku,
menjadi kepingan-kepingan,
membuaiku dengan rasa yang hanya menyeksakan...
duhai hati,
usah diingat pada yang tiada,
usah dirayu pada yang tak sudi,
ingatlah kau masih ada yang kuasa..
duhai air mata,
jangan kau mengalir lagi,
jangan kau basahkan pipi ini lagi,
berilah ketenangan pada jiwa ini...

Thursday, July 14, 2011

masa...

hidup andai di sia-siakan rugilah,
waktu yang bergerak andai dibuang tanpa kebaikan maka rugilah,
saat takkan menunggu kita,
minit yang terus merangkak takkan menanti kita,
tiap detik yang berlalu takkan sesekali berhenti untuk kita..
dan masa yang berjalan takkan pernah dapat diputar kembali kerana kekesalan...
wahai insan yang lemah,
sedarkah kau akan dunia ini hanya sementara,
tahukah kau dunia ini jika dikejar maka binasalah,
dan mengertikah kau dunia ini penuh dusta..
usah buang waktumu dengan cerita,
usah kau biarkan waktumu dengan angan- angan cuma,
usah kau isi masamu dengan kesibukan dunia yang tak berpenghujungnya.

masa..
bagai menangis melihat kita,
bagai mengerti akan kelalaian manusia,
jika dapat ingin dia memanggil manusia yang telah dibuai nikmat dunia agar tahu betapa berharganya masa...

cinta..

sebelum kau tutur kata cinta,
apakah benar itu yang kau rasa?
adakah aku yang bertakta?
adakah keikhlasan di sana?

cinta...
bukan semudah menutur kata,
bukan sekadar ayat cuma,
tapi cinta harus di rasa..

cinta..
perlukan keikhlasan,
harus ada kejujuran,
dan perlukan kesetiaan..

fahamilah ertinya,
kenalilah kebenarannya,
selamilah rasanya..