hidup andai di sia-siakan rugilah,
waktu yang bergerak andai dibuang tanpa kebaikan maka rugilah,
saat takkan menunggu kita,
minit yang terus merangkak takkan menanti kita,
tiap detik yang berlalu takkan sesekali berhenti untuk kita..
dan masa yang berjalan takkan pernah dapat diputar kembali kerana kekesalan...
wahai insan yang lemah,
sedarkah kau akan dunia ini hanya sementara,
tahukah kau dunia ini jika dikejar maka binasalah,
dan mengertikah kau dunia ini penuh dusta..
usah buang waktumu dengan cerita,
usah kau biarkan waktumu dengan angan- angan cuma,
usah kau isi masamu dengan kesibukan dunia yang tak berpenghujungnya.
masa..
bagai menangis melihat kita,
bagai mengerti akan kelalaian manusia,
jika dapat ingin dia memanggil manusia yang telah dibuai nikmat dunia agar tahu betapa berharganya masa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment